Monday, November 9, 2009

JAGALAH HATI

Bila hati kita bersih
Fikiranpun kan selalu jernih
Semangat untuk hidup jadi gigih
Prestasi cemerlang mudah diraih

Tapi....bila hati kita busuk
Fikiran jahat akan mudah merasuk
Akhlak pekerti pun akan menjadi buruk
Maka jadilah kita insan terkutuk

Bila hati kita jadi lapang
Perkara yang payah dan susah menjadi senang
Walau pelbagai kesulitan menjadi penghalang
Segala dapat dihadapi dengan tenang

Tapi..bila hati jadi sempit
Segala-galanya menjadi pahit dan rumit
Hidup akan sentiasa rasa terhimpit
Zahir dan batin teramat sakit dan perit

Oleh itu JAGALAH HATI NAN SEKETUL
Supaya ia jangan dikotori
Hati adalah pelita hidup
Hati Penentu Kemana Diri

No comments:

Post a Comment